cara belajar masa kini

Saturday 29 September 2012




CARA-CARA  MENCEMERLANGKAN DIRI REMAJA

  Remaja adalah aset Negara yang sangat bernilai pada zaman ini. Remaja pada zaman ini akan memimpin negara suatu masa nanti. Terdapat beberapa cara remaja untuk mencemerlangkan diri.
  Antara cara mencemerlangkan diri ialah mengamalkan gaya hidup sihat. Dengan ini, kita terhindar dari pelbagai jenis penyakit yang berbahaya. Kita perlu melibatkan diri dalam aktiviti gaya hidup sihat seperti berjoging,beriadah waktu petang dan sebagainya.
  Selain itu, kita perlu mempunyai jati diri yang tinggi untuk berjaya. Dengan adanya jati diri yang tinggi dapat melahirkan insan yang cemerlang. Remaja yang cemerlang dan mempunyai jati diri seperti bertanggungjawab terhadap diri sendiri agama,bangsa dan negara.
  Di samping itu, mendengar nasihat ibu bapa juga merupakan ciri remaja cemerlang.Kita harus mendengar nasihat ibu bapa kerana ibu bapa yang membesarkan kita. Dengan mendengar nasihat ibu bapa, kita dapat tahu sama ada perkara yang kita lakukan itu benar atau salah.
  Berfikiran terbuka juga salah satu ciri-ciri remaja cemerlang. Berfikiran terbuka bererti kita dapat terima sesuatu perkara dengan fikiran yang lapang dan hati yang terbuka. Dengan berfikiran terbuka juga membolehkan kita melakukan sesuatu perkara dengan sikap yang professional.
  Akhir sekali, salah satu cara untuk mencemerlangkan diri ialah dengan mengikuti kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak luar. Kita juga boleh mengikuti motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah atau pihak luar.

No comments:

Post a Comment