CARA-CARA MENCEMERLANGKAN DIRI REMAJA
Remaja adalah aset Negara yang sangat
bernilai pada zaman ini. Remaja pada zaman ini akan memimpin negara suatu masa
nanti. Terdapat beberapa cara remaja untuk mencemerlangkan diri.
Antara cara mencemerlangkan diri ialah mengamalkan gaya hidup sihat. Dengan ini, kita terhindar dari pelbagai jenis penyakit yang
berbahaya. Kita perlu melibatkan diri dalam aktiviti gaya hidup sihat seperti
berjoging,beriadah waktu petang dan sebagainya.
Selain itu, kita perlu mempunyai jati diri
yang tinggi untuk berjaya. Dengan adanya jati diri yang tinggi dapat melahirkan
insan yang cemerlang. Remaja yang cemerlang dan mempunyai jati diri seperti
bertanggungjawab terhadap diri sendiri agama,bangsa dan negara.
Di samping itu, mendengar nasihat ibu bapa
juga merupakan ciri remaja cemerlang.Kita harus mendengar nasihat ibu bapa
kerana ibu bapa yang membesarkan kita. Dengan mendengar nasihat ibu bapa, kita
dapat tahu sama ada perkara yang kita lakukan itu benar atau salah.
Berfikiran terbuka juga salah satu ciri-ciri remaja
cemerlang. Berfikiran terbuka bererti kita dapat terima sesuatu perkara dengan fikiran yang
lapang dan hati yang terbuka. Dengan berfikiran terbuka juga membolehkan kita
melakukan sesuatu perkara dengan sikap yang professional.
Akhir sekali, salah satu cara untuk
mencemerlangkan diri ialah dengan mengikuti kelas tambahan yang dianjurkan oleh
pihak luar. Kita juga boleh mengikuti motivasi yang dianjurkan oleh pihak
sekolah atau pihak luar.